Search

Banjir Selut di Yan Kedah & Bantuan MAIWP
  • Share this:

Banjir Selut di Yan Kedah & Bantuan MAIWP

Beberapa minggu lalu, Malaysia dikejutkan berita banjir yang datang dari gunung Jerai membawa batang2 balak & selut. Pertama kali melihat berita, seolah2 ia satu insiden di luar negara. Tapi kali ini ia benar2 berlaku di Malaysia.

Pihak MAIWP terpanggil untuk turun ke padang menyumbang bagi menolong masyarakat kembali hidup seperti biasa. Pihak MAIWP melalui Yayasan Taqwa (MAIWP) telah memperuntukkan RM100, 000. Sebanyak 5 buah mesjid & 4 surau dikenal pasti mendapat sejumlah besar sumbangan. Baki diberikan kepada 10 keluarga dengan jumlah bantuan RM1000 setiap keluarga. Kami juga menyediakan 200 bakul atau kotak makanan.

Sebelum sampai di kawasan musibah, saya tidak dapat gambarkan keadaan sebenar ujian ini. Sejurus tiba dari Kuala Lumpur, saya ditemani Tuan Nizam, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP & En Zabidi Hasan, Pemangku Ketua Pegawai Ekskutif Yayasan Taqwa bersolat Jumaat di Masjid Guar Chempedak. Kami disambut oleh Tuan Sheikh Zakaria, CEO, Lembaga Zakat Kedah.

Selepas solat, kami bergerak ke Pejabat Agama, Yan & disambut Tuan Hj Alwi, Pegawai Agama Daerah Yan. Di sana saya menyampaikan mock check kepada imam2/pengerusi2 masjid & surau terpilih.

Kemudian saya mula memasuki kawasan musibah. Mata saya tak percaya apa yang saya lihat. Selut atau lumpur merata2 dalam kawasan rumah & sekolah. Tinggi menimbun. Selut ini dari tanah gunung Jerai yang runtuh dibawa air hujan dari gunung bersama pokok2 balak yang tumbang. Jarak antara kaki gunung & kawasan ini mungkin 5 km. Ia masih sampai di kawasan perumahan. Betapa kuat arusnya.

Mata saya macam disihir melihat batang2 balak di merata tempat di sepanjang aliran air. Titi Hayun tempat peranginan putus & hilang dibawa air. Nasib baik PKP. Kalau tidak, mungkin ramai yang terkorban. Bungkah2 batu sebesar lori hilang. Yang ada batu2 kecil & sedehana yang baru datang. Tak tahu mana asal usulnya.

Kalau Sg Muda diuji tsunami, Yan pula diuji banjir lumpur dari gunung. Saya sempat mengambil foto2 di semua tempat2 yang viral. Biar foto berbicara.

Dalam pemantauan & perbincangan saya, mungkin bantuan lain lebih diperlukan. Baik pulih rumah. Bersihkan lumpur.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts